Tuesday, September 21, 2010

akibat mengikuti akhirnya terhasil blog sendiri.

Pembuka bicara,saya memperkenalkan diri saya dahulu berikutan anda hanya mengenali saya dengan nama pena pemikirmuda.nama yang diberikan ialah Dhiya'zulhilmi b daud,dilahirkan di hospital besar melaka pada tarikh 1 julai 1992 jam 5:32pm.Saya dibesarkan oleh nenenda saya Pn Zainab bt hamid sehingga saya berumur 17tahun.Selepas habis menduduki Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) saya menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dengan mengambil jurusan komunikasi dan sekarang saya tinggal bersama kedu-dua orang tua saya di Klang,Selangor.




     Mengapa saya ingin menghasilkan blog sendiri?,sebenarnya lebih kurang dua tahun ini saya cuba mengikuti dekat blog di internet ini,kebaikan dan kekalutan banyak dimainkan dan belaku dalam blog bukan shaja kita akan mendapat maklumat dengan mudah malah kita juga akan mudah terpengaruh jika terlalu mudah mempercayainya.Oleh itu ia banyak mempengaruhi saya dan menarik minat saya untuk ada blog sendiri bukan bertujuan untuk mempengaruhi orang lain khusus rakan sebaya  tapi cuba memerhati segala blog-blog yang dihasilkan atau berita-berita yang dihasilkan seta membuat kesimpulan yang benar tentang segala ini supaya rakan-rakan sebaya yang mudah diperdaya akan mendapat maklumat yang sebetulnya.



   Bukan itu shaja,saya ibarat msih setahun jsgung dalam arena blo dan menjadi blogger ini ibarat baru berjinak-jinak tetapi saya mempun yai wawasan dalam sentiasa menaik taraf blog saya dan menghasilkan yang terbaik dari semasa ke semasa agar suatu ahri mempunyai peminat pembaca sendiri.i'allah..



    Kesimpulannya,yang baik datang dari allah dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.Sebelum itu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat saya anyss kerana banyak membantu saya dalam menghasilkan blog ini.Terima kasih daun keladi kalau boleh tolonglah lagi wahai saudari anyss.Penutup bicara,Assalamualaikum,selamat sejahtera dan salm 1 Malaysia.

No comments:

Post a Comment