Saturday, September 1, 2012

UTUSAN: Kom Sem5 Semangatkan Diri Anda Utk Konvensyen Selamatkan Masjid Al-Aqsa

                                                    UTUSAN PENGARAH PROGRAM


Assalamualaikum w.b.t...

       Ke hadapan sahabat-sahabat Komunikasi Semester 5(R.U.N.D.I.G).Sebagaimana yang anda ketahui tentang projek akhir semester kita sebelum semua menghadapi peperiksaan akhir tahun dan pergi ke praktikal pada semester hadapan iaitu "Konvensyen Selamatkan Masjid Al-Aqsa" di Putrajaya minggu ini.Selaku Pengarah program yang dilantik dan diberi amanah oleh anda semua saya sentiasa bersedia untuk menyusun langkah-langkah proaktif agar program yang bertaraf ANTARABANGSA ini berlangsung seperti yang dikehendaki tetapi di samping itu saya memberi harapan penuh kepada anda semua agar turut bersama-sama saya dan timb.pengarah,Mohd Najiy untuk berusaha dan berganding bahu selain turut sama-sama berdoa ke hadrat ilahi agar program ini berjaya.
      Walaupun penilaian markah individu&berpasukan akan dinilai oleh saya bersama Najiy tetapi saya mengharap sepenuh keikhlasan daripada anda semua untuk menjayakan program ini kerana program ini adalah program kita bersama seramai 46orang keseluruhannya dan janganlah berusaha kerana mengharapkan markah dari kami.Bukan itu sahaja,saya juga mengharapkan agar kalian sedar akan tempoh program kita hanya berbaki 6 hari lagi iaitu isnin-jumaat dan jumaat itu adalah tempoh untuk melakukan "raptai" di Putrajaya dan sabtu akan berlangsungnya program ini.Untuk pengetahuan anda khalayak sasaran program ini adalah terdiri daripada "Kerajaan,Swasta,Korporat,Golongan agama,Aktivis-aktivis dan juga pelajar" dan hadirin yang ditarget adalah seramai 1000 orang yang disasarkan oleh penaja dan rakan kongsi projek kita iaitu Aman Palestin Sdn Bhd serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM).Oleh iu suatu tugas berat perlu dirasai oleh kita semua untuk memenuhinya kerana Penasihat program kita iaitu En Rozalafri(En RIE) akan memberi markah kepada kita semua melalui 3 aspek iaitu "Penganjuran,Organisasi Media yang hadir dan Khalayak yang datang".Walaupun markah penuh hanya 30markah tetapi 30 markah inilah yang menentukan gred pencapaian peperiksan kita pada masa akan datang.Ingatlah Sahabat-sahabatku!!!.
      Sekali lagi saya mengingatkan kepada kalian semua seperti di bawah:
                                        Nama program:Konvensyen Selamatkan Masjid Al-Aqsa
                                        Hari/Tarikh      :Sabtu/8 September 2012
                                        Tempat            :Dewan D8,Putrajaya(Bangunan Jakim)

       Kesempatan ini juga,saya ingin mengambil peluang untuk menerangkan kepada anda semua tentang perkara yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Program yang diketuai oleh saya selama 2 minggu yang lepas iaitu kami telah mengadakan Taa'ruf jawatankuasa,Pembentangan projek pada penasihat,Berbincang bersama Aman Plestin Sdn.Bhd,Merangka kertas kerja kepada Aman Palestin Sdn.Bhd,Mesyuarat jawatankuasa sebanyak 3kali,Taklimat kepada semua ahli(Setiap Kuliah Pengurusan Media/Propaganda Kom) sehinggalah   Mesyuarat Ahli-ahli pada khamis lepas dan juga Mesyuarat bersama Aman Palestin Sdn.Bhd pada sebelah petang.Untuk pengetahuan anda juga kertas kerja untuk pemberitahuan pada Bahagian Pembangunan Mahasiswa(BPM) untuk dihantar oleh Penasihat program juga telah disiapkan selain Maklumat peribadi semua ahli yang telah dikumpulkan oleh kami(Maklumat Anda) dan melancarkan Kutipan Kos Pengurusan Sebanyak Rm5 yang sedang dibayar oleh anda bertujuan untuk membiayai kos pengurusan jawatankuasa dari awal seperti minyak kenderaan,tol,bayaran fotostat.Jumlah keseluruhan sebanyak Rm230.I'allah saya mewakili jawatankuasa merancang agar sekiranya terdapat baki bayaran akan kami mengadakan "Majlis Jamuan Pasca Program" kelak.Doa-doakan,semua ini adalah untuk menghargai jasa kita semua serta penjelasan ini bertujuan agar kalian mengetahui selok belok kewangan yang telah anda berikan agar tiada berlakunya tohmahan kepada jawatankuasa yang diketuai saya.Ini semua hak untuk anda mengetahuinya.
     Justeru saya mengingatkan kepada anda semua bahawa sila pulang ke Kuis pada ahad,2 september 2012 juga kerana mulai isnin-jumaat semua ahli perlu berada di Aman Palestin Sdn Bhd di Bangi untuk memulakan gerak kerja program dan pengangkutan pergi dan pulang akan disediakan serta akan diselenggara oleh Biro Logistik.Surat perlepasan juga akan diberi oleh saya dan Najiy kepada semua pensyarah-pensyarah untuk memaklumkan ketidakhadiran kita ke kelas-kelas.Justeru itu saya memesan agar semua jawatankuasa yang terdiri daripada pengarah,timb.pengarah,setiausaha,timb.setiausaha,bendahari,Ketua-ketua biro agar hadir pada mesyuarat jawatankuasa kali ke-4 di 1st cafe jam 10pm di Khemah Makan pada Ahad bertarikh 2 September 2012.Saya juga akan memastikan Ketua biro akan memesan kepada ahli-ahli biro pada setiap malam agar semua sedia maklum untuk bergerak ke Aman Palestin adakah di sebelah pagi mulai isnin jam 9am dengan pengangkutan yang disediakan atau petang pada jam 12pm?.Untuk pengetahuan anda saya akan menggerakkan sebilangan biro-biro pada sebelah pagi jam 9am dan sebilangan biro-biro pada sebelah petang pada jam 12pm untuk menyelesaikan gerak kerja sehingga khamis dan jumaat mulai pagi semua ahli wajib berada di Aman palestin terlebih dahulu kemudian di Putrajaya kemudian untuk raptai.Semua tempat berkumpul adalah di 1st cafe dengan biro-biro sebelah pagi pada jam 9am untuk bergerak dan biro-biro sebelah petang pada jam 12pm  untuk bergerak.Solat jumaat bagi jemaah-jemaah lelaki juga akan diuruskan dengan pengangkutan yang disediakan serta bagi solat-solat fardhu akan terdapat surau-surau yang telah disediakan selain tempat untuk menjamu selera pada seminggu gerak kerja juga akan dibawa dengan kemudahan pengangkutan.
       Maka,sahabat-sahabatku sekalian ayuhlah kita menenam semangat di dalam diri untuk menjayakan misi ini dengan bersiap sedia mengorbankan masa serta tenaga mulai mingu akhir gerak kerja sehinggalah berlangsungnya program ini.
       Saya berharap dengan inisiatif perutusan ini akan dapat menjelaskan kepada anda semua dengan maklumat-maklumat bertulis selain memberi peringatan dan membangkitkan motivasi kepada anda semua.
Sekian,Terima Kasih.

Yang benar,
Dhiya'Zulhilmi B Daud,
Pengarah Program.